LS2 telah melancarkan topi keledar berjenama baru yang dikenali sebagai “Subverter” dengan warna lukisan semulajadi dan pembinaan Alloy Kinetik Polymer (KPA). Direka agar ringan dan fleksibel tanpa membuang tenaga.
Helmet seberat 1300g dan diperakui Standard keselamatan ECE 05.05 bermaksud boleh juga di guna pakai di jalan raya.
Terdapat banyak ventilasi pada helmet ini, membuatkan kepala anda sejuk semasa berada di off road. Pelapik sebelah dalam boleh dikeluarkan untuk dibasuh bagi menjaga kebersihan dalaman akibat peluh ketika memakainya.
Subverter datang dalam saiz XXS-3XL dan mempunyai tiga saiz luaran yang berbeza merentasi julat saiznya. Pilihan tiga versi warna Solid harga mencecah £ 149, manakala sepuluh pilihan grafik adalah £ 179.