Honda akan berada di barisan hadapan dalam pasukan keselamatan dan perlumbaan, apabila musim WTCR (FIA World Touring Car Cup) akan dimulakan.
Ini kerana, Civic Type R Limited Edition telah dipilih untuk menjadi kereta keselamatan rasmi siri perlumbaan ini untuk tahun 2020.
Diperkenalkan pada bulan Febuari lalu, Honda Civic Type R Limited Edition ini adalah salah satu dari dua varian baru yang akan ditambah dalam barisan Type R untuk tahun 2020. Model ini juga merupakan hatchback dengan versi paling extreme yang pernah dihasilkan.
Dibangunkan sesuai dengan tradisi Type R, dan dengan prestasi litar sebagai fokus utama, kereta ini juga disertakan dengan teknologi keselamatan aktif dan sistem bantuan pemandu yang membantu dalam rangkaian Civic. Sistem dan teknologi ini mendapat penilaian teratas dalam ujian Euro NCAP.
Kereta keselamatan Honda Civic Type R ini disertakan dengan warna yang sama dengan versi untuk dijual, iaitu warna ‘sunlight yellow‘. Warna ini merupakan hasil dari seorang seniman dari Belgium iaitu Vanuf.
Sebagai tambahan kepada ciri-ciri yang mengoptimumkan prestasinya di litar, seperti roda aloi BBS bersaiz 20 inci, tayar Michelin Pilot Sport Cup 2, dua unit brek cakera dan sistem peredam yang telah diubah suai, komponen pada ruangan dalam kereta ini turut membantu menyumbang kepada penurunan berat badannya sebanyak 47kg berbanding Type R spesifikasi GT.
Kereta keselamatan ini masih mengekalkan penggunaan enjin 2.0-liter VTEC Turbo, dimana enjin ini mampu menghasilkan sehingga 320hp dan 400Nm tork. Ia juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.7 saat.
Musim WTCR 2020 akan terdiri daripada enam pusingan di Eropah, dan akan bermula di Salzburgring, Austria pada 12-13 September. Empat buah Honda Civic Type R Limited Edition akan digunakan pada acara tersebut.
Sumber: hondaproracing.com
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar