BMW S 1000 XR terbaharu lebih ringan dan canggih, RM122k

2093

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan BMW S 1000 XR terbaharu – dikatakan sebuah revolusi dalam segmen motosikal kembara sport (sports tourer).

S 1000 XR ini 10kg lebih ringan berbanding sebelumnya, dan menampilkan rekabentuk baharu pada rangka utama, tangki bahan api, dan komponen di ruang tempat duduk untuk lebih sokongan dan cengkaman lutut. Ergonomik juga ditambahbaik dengan perubahan pada bar hendal, tempat duduk dan alas kaki.



Varian baharu ini juga hadir dengan ciri-ciri tambahan yang kini diberikan secara standard, iaitu tongkat tengah utama, pelindung tangan, dan penggenggam dengan pemanas. Ciri standard lain termasuklah lampu depan LED dengan DRL Headlight Pro.

S 1000 XR dikuasakan oleh enjin 999cc yang menjana 165hp dan 114Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan yang ditala semula, gear 4, 5, dan 6 diberikan nisbah lebih panjang untuk mengurangkan bunyi dan penggunaan bahan api. Kelajuan maksima pula ialah sekitar 200km/j.

Untuk lebih kemudahan tunggangan, selain dari klac anti-hopping, S 1000 XR ini dilengkapi dengan kawalan tork seretan enjin secara elektrik untuk mengelakkan tayar belakang dari tergelincir semasa memecut atau menurunkan gear secara agresif.

Jentera sports tourer ini dilengkapi dengan 4 mod tunggangan, iaitu Rain, Road, Dynamic dan buat pertama kali, Dynamic Pro. Ciri keselamatan pula merangkumi sistem terkini seperti Dynamic Traction Control, DTC Wheelie, ABS Pro untuk kawalan brek lebih baik semasa membelok, serta Hill Start Control Pro.

Khas untuk sistem suspensi, S 1000 XR ini mendapat Dynamic ESA (Electronic Suspension Adjustment) yang boleh dipilih dalam dua mod; Road dan Dynamic.

Jentera ini turut didatangkan dengan panel instrumen TFT 6.5-inci baharu yang memaparkan semua maklumat tunggangan dengan jelas dalam semua keadaan. Ia juga hadir standard dengan sistem navigasi.

BMW S 1000 XR terbaharu boleh didapati di semua premis wakil pengedar BMW Motorrad yang bertauliah di seluruh negara mulai hari ini.

Ia ditawarkan pada harga RM121,500 dan datang dengan waranti 3 tahun dan program bantuan tepi jalan 3 tahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here