Porsche Design tawar jam tangan kustom untuk peminat Porsche 911

2998

Selain menghasilkan kereta, banyak syarikat pengeluar automotif turut menghasilkan produk lain, antaranya seperti jam tangan. Kini Porsche Design yang merupakan anak syarikat Porsche menghasilkan jam tangan kustom untuk pelanggan mereka.

jam tangan Porsche

Jam tangan ini akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula 1 September dan harga bermula USD6,000 (RM25,722) sehingga USD12,600 (RM54,016). Semua jam tangan ini akan menawarkan ciri kronograf dan menawarkan pilihan tali kulit atau logam.



Syarikat pengeluar dari Jerman ini juga menawarkan sehingga 1.5 juta pilihan untuk pelanggan kustom jam tangan mereka. Ini termasuk pilihan kulit, jahitan, hiasan logam dan bahkan pada winding mechanisms.

jam tangan Porsche

Sebelum ini, Porsche Design sudah pun menghasilkan jam tangan melalui kerjasama dengan satu syarikat pengeluar jam tangan. Tetapi pada tahun 2014, mereka beralih ke proses pembuatan dalaman baru yang menghasilkan reka bentuk lebih unik. 

Kini, jam tangan dari Porsche Design lebih mudah dipadankan dengan ruangan dalam kereta, dan tulisan khas yang terdapat pada Porsche 911 yang memungkinkan ramai pelanggan akan meminati jam tangan kustom ini.

Sumber: caranddriver.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here