Hyundai perkenalkan bas mini elektrik untuk pasaran Korea Selatan

2370

Hyundai Motor Company memperkenalkan bas mini elektrik pertama mereka iaitu County Electric, khas untuk pasaran Korea Selatan.

 bas mini elektrik

Hyundai County Electric berukuran 7,710 mm panjang ini boleh memuatkan 15 sehingga 33 tempat duduk dan dilengkapi dengan bateri 128 kWh. Ia juga mampu digunakan sejauh 250km dengan hanya sekali cas.



Bas mini elektrik ini mempunyai kelebihan berbanding dengan bas mini berenjin diesel, seperti sifar pelepasan dan lebih senyap. Dalam julat pecutan 50-80km/j, kelajuannya adalah 30 peratus lebih baik daripada bas dengan bahan bakar petrol atau diesel.

Jika baterinya habis, bas mini ini boleh dicas dengan dua pilihan iaitu pengecasan DC yang akan mengambil masa selama 72 jam (dengan andaian pengecas 150 kWh) dan pengecasan AC yang mengambil masa selama 17 jam untuk dicas sepenuhnya.

“County Electric adalah bas tanpa pelepasan yang menawarkan ciri keselamatan dan kemudahan yang luar biasa untuk pemandu dan penumpang.”

“Dengan permintaan kenderaan elektrik yang semakin meningkat di pasaran kenderaan komersial, Hyundai mempercepatkan pengenalan kenderaan seperti County Electric”, kata Yoon Lee, Wakil Presiden dan Ketua Kumpulan Produk Kenderaan Komersial di Hyundai Motor.

County Electric dilengkapi dengan pelbagai Ciri keselamatan dan kemudahan untuk pemandu dan penumpang yang ada pada County Electric.

  • Sistem brek AOH yang menggunakan tekanan hidraulik dan tekanan udara.
  • Brek cakera yang dikhaskan untuk kerja berat.
  • Sistem brek kawalan elektronik yang dapat mengekalkan prestasi brek yang berterusan dalam pelbagai situasi pemanduan.
  • Ciri kawalan kestabilan yang mengawal setiap roda semasa membrek dan membelok secara tiba-tiba.
  • Ciri pencegahan pusingan kawalan enjin dan brek.
  • Ciri bantuan pelancaran ketika berada di jalan yang berbukit.
  • Ciri pencegahan putaran roda.
  • Sistem brek menambah tekanan udara untuk daya brek yang lebih stabil.
  • Sistem bantuan brek yang mengawal kekuatan brek dalam 4 tahap.

Ciri kemudahan

  • Tempat duduk berventilasi untuk pemandu.
  • Panel instrumen LCD berwarna dengan layar utama bersaiz 7 inci dan dua skrin tambahan bersaiz 4.2 inci yang memberikan pelbagai maklumat tentang kenderaan.
  • Stereng dengan pelbagai tombol fungsi, dan kunci pintar untuk butang yang membolehkannya dihidupkan dengan alat kawalan jauh.

Sumber: insideevs.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here