Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei, sporty habis!

7978

Perodua melancarkan Myvi generasi ketiga di Brunei yang ditawarkan dengan dua varian untuk negara berkenaan.

Di sana, Perodua Myvi ditawarkan dengan varian 1.3 G dan S-Edition, yang menjadi tarikan utama bagi model berkenaan serta masih tidak dilancarkan untuk pasaran Malaysia buat masa ini.



Apa yang boleh dikatakan, varian S-Edition memiliki selera untuk mereka yang mahu sebuah kereta dengan penampilan sporty.

Pada bahagian hadapan, ia dilengkapi dengan bampar yang kelihatan lebar sedikit. Ia tampak garang dengan bahagian bawah penuh dengan jeriji seperti sarang lebah serta kemasan hitam.

Perodua Myvi S-Edition juga dilengkapi seperti lampu siang LED berbentuk panjang pada bampar hadapan serta dipadankan lips di bahagian bawahnya.

Apa yang boleh katakan, ia agak berbeza sedikit dengan konsep Myvi GT yang pernah dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur pada dua tahun lalu. 

Bagaimanapun, ini sudah cukup menyelerakan buat mereka yang mahukan Perodua Myvi berbentuk sporty. 

Pada bahagian sisi, ia mempunyai pelekat kelabu yang bermula pada dapra hadapan sehingga pada pintu belakang. Selain dipadankan dengan rim dua tona hitam dan krom.

Bahagian belakang, ia turut menerima sedikit perubahan terutama pada bampar bawah yang dilengkapi diffuser kelabu serta spoiler lebih besar.

 Ruang kabin, kelihatan masih sama dengan model Myvi generasi ketiga.

Digital soft launching of The All-New Perodua Myvi

Posted by Perodua Brunei on Thursday, July 2, 2020

Dari segi prestasinya, ia mungkin menggunakan enjin 1.3 liter dengan menawarkan output 94hp dengan tork setinggi 121Nm.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here