Penyanyi cilik yang juga seorang Youtuber, Aryanna Alyssa Dezek, berjaya mewujudkan impiannya pada usia yang sangat muda. Dia kini berjaya memiliki sebuah Toyota Vellfire sebagai kereta pertama pada usia 12 tahun.
MPV mewah yang berharga sekitar RM250,000 itu dipercayai dibeli dari hasil pendapatannya berkarya di Youtube.
Menerusi saluran Youtubenya yang kini mencecah 3.06 juta subscribers, Alyssa mula memuat naik video lagu ‘cover’ sejak berusia empat tahun dan tidak menyangka video yang dikongsikannya itu menarik perhatian masyarakat.
Rata-rata pengguna Instagram juga mengucapkan tahniah dan menjadikan pencapaian ini sebagai sumber inspirasi.
Ada juga segelintir netizen mempersoalkan tentang nama pemilik yang didaftarkan pada kenderaan tersebut kerana pada usia 12 tahun, mustahil untuk Alyssa mendaftarkan kenderaan tersebut menggunakan namanya.
Alyssa juga telah menyatakan di ruangan komen, bahawa dia sesekali tidak akan memandu MPV yang baru dimilikinya itu.
Sumber: Instagram
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar