Mazda3 Turbo didedahkan di Mexico dengan 227hp dan 420Nm tork – mampu gugat Civic Type-R?

1975

Mazda USA mempunyai video di Youtube mengumumkan bahawa mereka akan mendedahkan Mazda3 Turbo pada 8 Julai nanti. Tetapi nampaknya jiran mereka, Mexico terlebih dahulu melancarkan varian prestasi tinggi Mazda3 itu.

Spesifikasi adalah seperti berikut; 227hp dan 420Nm tork dari enjin SkyActiv-G Turbo 2.5-liter, dan dipadankan dengan transmisi automatik SkyActiv-Drive 6-kelajuan serta sistem pacuan semua-roda.



Ya, drivetrain ini adalah sama dengan Mazda CX-5 Turbo dan CX-9 Turbo yang telahpun berada di pasaran kita pada masa ini.

Adakah ini bermakna Mazda3 Turbo merupakan jelmaan Mazdaspeed 3 terbaharu? Dan adakah ini bermakna Honda Civic Type-R dan Renault Megane RS 280 Cup patut risau?

Kelengkapan Mazda3 Turbo ini termasuklah rim 18-inci hitam sporti, lampu depan LED automatik, sunroof elektrik, dan sistem audio Bose.

Ia akan ditawarakan dalam dua varian di Mexico, iaitu Grand Touring dan Signature, masing-masing pada $489,900 Peso (RM94,622) dan $529,900 Peso (RM102,348).

Kami jangkakan apabila kereta ini tiba di Malaysia nanti, harganya akan berada sekitar RM200,000 atau lebih sedikit, tetapi masih jauh lebih rendah dari Civic Type-R.

Bagi anda yang mengatakan Mazda3 1.5 dan 2.0 itu underpowered dan kurang berkuasa, inilah masa anda untuk sambar versi 2.5 Turbo.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here