#Tips: Beli kereta mengikut kemampuan – Gaji RM3,000 boleh beli kereta apa?

14409

Biasalah, setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki kereta untuk memudahkan urusan seharian. Namun, tak kurang juga yang memilih untuk ‘tambah’ komitmen dengan pembelian kereta idaman masing-masing. Lebih-lebih bagi mereka yang baru bekerja. Inilah masanya untuk beli kereta baru, kan?

Sebelum beli kereta baru, korang tahu tak berapa gaji yang diperlukan untuk membeli sesebuah kereta? Kalau nak beli kereta Honda Civic, kena gaji berapa? Nak beli Proton Saga, kena gaji berapa?



Disini kami akan memberikan saranan berdasarkan tips dan info tentang isu pembelian kereta ini menurut Facebook Azizul Azli Ahmad.

Kereta B40

pembelian kereta

Median pendapatan isi rumah bagi golongan B40 ialah kira-kira RM3,000. Kereta yang sesuai bagi keluarga kecil ini adalah yang jimat minyak dan mudah diselenggara.

Bagi kereta baru, harga kereta yang sesuai kategori ini adalah RM36,000 ke bawah sahaja. Model Axia, Saga dan Bezza 1.0 boleh dibeli pada harga ini.

Jika anak ramai boleh pertimbangkan beli Alza atau Exora terpakai yang bawah usia 5 tahun dan masih berada dalam keadaan baik.

Kereta M40

pembelian kereta

Median pendapatan isi rumah bagi golongan M40 adalah sekitar RM6,275. Kereta yang sesuai bagi keluarga ini adalah yang jimat minyak, mudah diselenggara dan selesa.

Bagi kereta baru, harga kereta yang sesuai untuk kategori ini adalah yang bernilai RM75,300 kebawah sahaja. Model Exora, Almera, Aruz, Alza, Avanza, Vios, City, Jazz boleh dibeli pada harga ini.

Kereta T20

pembelian kereta

Pendapatan isi rumah median bagi golongan T20 ialah sekurang-kurangya RM13,148. Kereta yang sesuai bagi keluarga ini adalah yang selamat, berprestasi tinggi, mewah dan selesa.

pembelian kereta

Bagi kereta baru, harga kereta yang sesuai untuk kategori ini ialah bernilai RM157,776 kebawah sahaja. Model X70, Camry, Civic, Santa fe,CRV, HR-V, Accord, Stream, Volkswagen Golf dibeli pada harga ini.

Pilihan kereta bagi golongan ini sebenarnya tiada batasan jika melepasi minima gaji mereka.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here