Fernando Alonso akan kembali dalam Formula 1 bersama Renault

1328

Fernando Alonso akan kembali ke Formula 1 pada 2021 nanti bersama pasukan Renault. Menurut pelbagai sumber, pengumuman tentang kembalinya Alonso ke bekas pasukannya bersama Esteban Ocon dijadualkan akan diumumkan hari ini, menjelang perlumbaan kedua siri Formula 1 di Austria.

Fernando Alonso Formula 1

Alonso berjaya memperoleh dua kejuaraan bersama Renault pada tahun 2005 dan 2006. Berdasarkan rekod, pelumba berusia 38 tahun ini telah memenangi 32 perlumbaan, menjadikannya sebagai pelumba ke-6 dalam senarai pemenang sepanjang masa kejuaraan Formula 1.



Juara dunia dua kali tersebut telah berhenti melibatkan diri dalam perlumbaan ini sejak penghujung tahun 2018. Dia meninggalkan pasukan McLaren untuk memberi fokus kepada acara perlumbaan lain termasuk cuba memenangi kejuaraan Indianapolis 500, Le Mans 24 Hours dan Monaco Grand Prix.

Walau bagaimanapun, pelumba kelahiran Sepanyol tersebut selalu berkata dia berminat untuk kembali beraksi di Formula 1 jika diberi peluang. Dia juga  telah mensasarkan untuk membuat comeback bertepatan dengan pengenalan pakej teknikal baru pada tahun 2021.

Pengenalan peraturan tersebut telah ditolak untuk diperkenalkan pada tahun ini dan akan diperkenalkan pada tahun 2022 kerana langkah-langkah penjimatan yang perlu dilakukan kerana pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, acara Formula 1 tetap akan berlangsung berdasarkan bajet yang telah ditetapkan.

Prestasi pasukan Renault pada musim lepas dimana mereka menduduki kedudukan ke-5 di belakang pasukan McLaren. Pelumba mereka iaitu Daniel Ricciardo akan meninggalkan pasukan pada penghujung tahun ini dan kekosongan tersebut akan diisi oleh Fernando Alonso untuk kembali beraksi di Formula 1.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here