Sebuah Lamborghini Huracan EVO Spyder berwarna hijau telah diangkat trak tunda kerana ia diparkir di tempat pengecas kereta elektrik.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jerman, berdasarkan posting di laman Twitter milik pihak polis Frankfurt.
Berdasarkan gambar tersebut, kelihatan sebuah Tesla Model S yang sedang dicas diparkir berhadapan dengan Lamborghini tersebut. Terdapat juga basikal peronda, yang digunakan oleh pihak polis untuk mengawasi lokasi kejadian.
Ini bukanlah pertama kali kenderaan ICE (Internal Combustion Engine) diangkat dari tempat parkir kenderaan elektrik di Jerman.
Pada November 2019, sebuah Ford F-150 Raptor yang diparkir di tempat parkir kenderaan elektrik di Berlin, Jerman turut menghadapi nasib yang sama. Ford tersebut juga telah diangkat menggunakan trak tunda.
#Falschparker jetzt in trockenen Tüchern.
Grüße
die #Fahrradstaffel pic.twitter.com/FTgGb9UY7b— Polizei Frankfurt (@Polizei_Ffm) July 8, 2020
Menurut sumber, pemilik Lamborghini tersebut dikatakan perlu membayar denda untuk mendapatkan kembali keretanya.
Untuk makluman, Lamborghini Huracan Evo Spyder dikuasakan oleh enjin V10 5.2-liter yang mampu menghasilkan sehingga 631hp dan 600Nm tork. Jentera ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.1 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 325km/j.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar