Baru-baru ini Kelspeed Garage dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kuantan telah memeterai satu usahasama berkenaan perkongsian ilmu tentang dynamometer (mesin dyno).
Syukri (Mat Yie Kelspeed) yang juga pemilik kepada Kelspeed Garage mengulas beliau berasa bersyukur dan teruja dengan kerjasama ini. Dia juga berterima kasih kepada pengurusan KKTM Kuantan kerana memilih beliau sebagai tenaga pengajar untuk bidang ini.
“Diharapkan perkongsian yang saya berikan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar agar mereka bersedia meceburi bidang automotif yang mencabar nanti,” katanya.
Kemudahan mesin dyno itu akan digunakan oleh pelajar KKTM dalam jurusan automotif. Menurutnya lagi, kemudahan itu adalah yang pertama seumpamanya dengan pihak KKTM.
Mat Yie yang berpengalaman hampir 13 tahun dalam bidang penalaan (tuning) sebelum ini biasa terlibat dalam pembangunan kereta-kereta perlumbaan.
Kini beliau ingin membawa Kelspeed Garage menjadi bengkel pusat servis, dari servis penyelenggaraan biasa, hinggalah mengetuk dan mengecat untuk dijalankan di bawah satu bumbung.
Mat Yie dan pihak Kelspeed Garage boleh dihubungi di 019-9566386, dan bengkelnya terletak di Jalan Sungai Soi, Kuantan, Pahang.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar