Digelar peninju terbaik dunia, ini koleksi kereta mewah pernah dimiliki Floyd Mayweather

3643

Floyd Mayweather merupakan promoter tinju profesional Amerika Syarikat dan juga bekas seorang peninju profesional.

Memulakan karier sebagai peninju pada tahun 1996 hingga 2015, dia telah kembali semula beraksi di gelanggang pada 2017.

Floyd Mayweather



Sepanjang kariernya, dia telah memenangi lima gelaran dunia termasuk pingat gangsa pada Sukan Olimpik 1996, kejuaraan U.S. Golden Gloves dan kejuaraan kebangsaan Amerika Syarikat (U.S. national championship).

Dengan penglibatan yang banyak dalam sukan tinju, Mayweather memperoleh sumber pendapatan yang sangat tinggi dan juga memiliki beberapa koleksi kereta mewah.

Berikut ini adalah senarai koleksi kereta mewah yang pernah dimiliki oleh Floyd Mayweather.

  1. Bentley Mulsanne

Floyd Mayweather

Mayweather dikatakan telah membeli sebuah Bentley Mulsanne yang sangat elegan. Sesuai dengan nama samarannya iaitu ‘Money’, kereta ini merupakan model termahal dari Bentley yang pernah dibeli olehnya.

Kereta yang berharga USD290,000 (RM1.2 juta) ini dibeli oleh Mayweather pada tahun 2012. 

2. Bugatti Veyron

Floyd Mayweather

Walaupun telah dilarang oleh pihak Bugatti untuk membeli kereta dari mereka, Mayweather bagaimanpun pernah memiliki sebuah Bugatti Veyron. Berharga sekitar USD2.25 juta (RM9.6 juta), supercar ini dikuasakan oleh enjin W16 yang disertakan dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac.

3. Ferrari LaFerrari

Mayweather telah membeli dua buah LaFerrari sekaligus pada 2015 yang berharga sekitar USD1.5 juta (RM6.4 juta) setiap satu. Supercar ini dikuasakan oleh enjin V12 6.0-liter yang mampu menghasilkan sehingga 789hp.

4. Kode57

Kode57 merupakan koleksi kereta mewah terbaru yang dimiliki oleh Mayweather. Kereta ini dihasilkan dalam edisi terhad iaitu hanya enam unit oleh Ken Okuyama Designs melalui proses selama enam tahun. 

Jentera yang berharga sekitar USD2.5 juta (RM10.6 juta) ini dikuasakan oleh enjin V12 6.0-liter yang mampu menghasilkan sehingga 611hp. Walaupun begitu, enjin jentera ini sebenarnya dibangunkan bersama Novitec Rosso. Dengan kerjasama ini, enjin jentera ini secara keseluruhan mampu menghasilkan sehingga 800hp. 

5. Koenigsegg CCXR Trevita

Koenigsegg CCXR Trevita yang berharga sekitar USD4.8 juta (RM20.4 juta) juga dimiliki oleh Mayweather. Jentera ini dikuasakan oleh enjin V8 4.8-liter yang membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.9 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 400km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here