B42N Antartica – keluaran terkini GIVI

1691

Jenama GIVI bukanlah baru serta tidak asing bagi penunggang motosikal di Malaysia. Pagi, petang malahan malam sekalipun kita dapat menyaksikan jenama GIVI sentiasa menjalar di jalan raya negara kita.

Apakah barangan jenama GIVI yang sering kita lihat? Sudah pastinya kotak simpan barang.Adakah kotak simpang barang jenama GIVI hanya diguna pakai oleh penunggang kapcai.



Jawapannya tidak, dapat kita perhatikan pelbagai jenis motosikal menggunakan kotak simpan barang jenama GIVI mutakhir ini. Jelas ianya satu keperluan, malahan menjadi kemestian kepada mereka yang berulang alik kerja.

Menyedari ini GIVI Asia Sdn Bhd (GIVI Asia) dalam usaha memenuhi kehendak pelanggan di Malaysia, telah memperkenalkan produk terkini mereka iaitu Kotak simpanan B42N Antartica.

B42n Antartica dengan kapasiti simpanan 42 liter yang mampu memuatkan dua helmet GIVI jenis demi-jet atau satu helmet modular, termasuk set baju hujan.

Kotak simpanan ini juga dilengkapi sistem kunci Mikro 3 baharu untuk perlindungan lebih selamat. Ianya direka berdasarkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) GIVI setelah mendengar pandangan serta cadangan pengguna motosikal.

B42N Antartica merupakan kotak simpanan polimer yang diklasifikasi terbaik masa kini. Dengan imej bersegi, rekabentuk masih kekal mewah dengan aspek keselamatan serta berkualiti tinggi.

Kotak simpanan dengan pemantul cahaya. Sekilas pandang nampak ringkas dan bukan satu kemestian untuk memasang pemantul cahaya tersebut. Namun fungsinya cukup membantu terutama di waktu malam.

Pemantul cahaya tersebut merupakan reflektif prismatik yang siap terpasang disetiap penjuru kotak simpanan B42N Antartica.

Menurut On Hai Swee,Pengarah Urusan GIVI Asia, “B42N Antartica didatangkan dengan kapasiti 42 liter dan berbentuk bersegi, tetapi dengan rekaan berinovasi yang dipertingkat tahap penglihatan.”

Tambahnya lagi “B42N Antartica dibina menggunakan material polipropilena, (polypropylene, PP) gred tinggi dengan teknologi teknik suntikan bagi memastikan struktur lebih kuat.”

Kotak simpanan B42N Antartica akan berada disemua GIVI points dan pengedar sah GIVI diseluruh negara pada Ogos nanti. Harga yang ditawarkan ialah RM 420 tidak termasuk monorak. Ianya sesuai bagi perlbagai jenis motosikal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here