Toyota GR Supra 2020 terima penambahan kuasa, pecut 100km/j dalam masa 4.1 saat!

1828

Toyota GR Supra telah memberi impak yang besar sejak ia dilancarkan, termasuk di Malaysia. 

Toyota GR Supra

Kini, GR Supra 2020 diberikan peningkatan untuk menambah kemampuannya. Enjin 3.0 liternya kini menerima penambahan output yang akan memberikan prestasi yang lebih baik.



Peningkatan yang dilakukan adalah kepada enjin 6-slinder turbo yang digunakan, yang kini menghasilkan peningkatan kuasa sebanyak 14 peratus. Enjin tersebut kini mampu menghasilkan 388PS pada 5,800-6,500rpm. 

Tork maksimum pula masih kekal pada 500Nm, tetapi mampu dicapai pada julat yang lebih luas antara 1,800-5,000rpm berbanding 1,600-4,500rpm sebelum ini.

Toyota GR Supra

Selain itu, manifold ekzos dua cabang utama dengan enam port juga turut disertakan, yang bertujuan untuk memperbaiki pengurusan haba enjin.

Rekaan piston baru juga mengurangkan nisbah mampatan enjin daripada 11:1 kepada 10.2:1.

Dengan peningkatan yang dilakukan dan gandingan bersama transmisi automatik 8-kelajuan ZF sebagai standard, kereta ini kini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.1 saat, berbanding 4.3 saat sebelum ini.

Toyota GR Supra

Berdasarkan maklum balas pemandu-pemandu jentera berprestasi tinggi setakat ini, casis GR Supra juga telah melalui proses penambahbaikan, dengan penambahan rod prestasi untuk meningkatkan lagi ketahanan dan kestabilannya.

Turut didatangkan standard untuk GR Supra yang telah dianik taraf ini ialah suspensi pemboleh ubah adaptif dan Limited-Slip Differential (LSD) kawalan elektronik.

Warna

Toyota GR Supra

Warna badan Deep Blue Metallic kini tidak lagi ditawarkan, tetapi peminat kereta ini masih boleh memilih dari tujuh warna lain iaitu Prominence Red, Lightning Yellow, White Metallic, Silver Metallic, Ice Grey Metallic, Black Metallic dan Matte Storm Grey Metallic.

Sistem Keselamatan

Untuk sistem keselamatan, ciri seperti sistem pemantau tekanan tayar, sensor parkir pintar dengan fungsi brek kecemasan serta peninjau titik buta dengan amaran lintasan trafik di belakang juga turut disertakan.

Ruangan dalam

Dengan paparan Head-Up Display yang disertakan, pemandu boleh terus menumpukan penglihatan pada jalan dan dalam masa sama tahu maklumat-maklukat penting pemanduan.

Toyota GR Supra

Kerusi berkuasa elektrik dengan fungsi memori pula memudahkan pemandu untuk menetapkan serta mengekalkan kedudukan sekiranya ada orang lain mengubahnya.

Untuk aspek hiburan, sistem audio JBL lengkap dengan 12 pembesar suara menyediakan kualiti bunyi terbaik.

Harga

Dijual pada harga bermula RM589,987 (*dengan pengecualian cukai jualan dan tidak termasuk insurans) dan RM611,880 (*tanpa pengecualian cukai jualan dan tidak termasuk insurans).

GR Supra terbaru kini boleh ditempah melalui bilik-bilik pameran terpilih Toyota GR Garage di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-8-TOYOTA (869682).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here