Yoshihiko Matsuo, pereka bentuk Nissan Fairlady Z meninggal dunia

2790

Yoshihiko Matsuo, orang yang bertanggungjawab menghasilkan reka bentuk kereta sports Nissan telah meninggal dunia pada 11 Julai. Seperti kebiasaan di Jepun, berita ini kemudiaannya disampaikan oleh keluarnya beberapa hari kemudian.

Yoshihiko MatsuoMatsuo difahamkan telah mengetuai pasukan reka bentuk Nissan dan telah menghasilkan reka bentuk S30 Fairlady Z, atau lebih dikenali sebagai Datsun 240Z di negara-negara Barat.

Sejarah pendidikan

Yoshihiko Matsuo dilahirkan di bandar Himeji, salah satu bandar di Jepun pada 10 Julai 1934. Pada zaman kanak-kanaknya, dia difahamkan telah mulai membuat lakaran kereta, di mana pada waktu itu, jumlah kenderaan di Jepun masih lagi sedikit.



Semasa di sekolah menengah, Matsuo merupakan individu yang memperkenalkan konsep awal sebuah trak roda tiga kepada Osaka Textile Industry Co., sebuah syarikat yang dimiliki oleh Daihatsu.

Di zaman remajanya, dia telah menghadiri kuliah di Nihon University College of Art, dan menggunakan kepakarannya untuk membantu mencipta Daihatsu Midget, kereta handalan Daihatsu ketita itu.

Permulaan kerjaya

Setelah tamat pengajian, Matsuo mendapat pekerjaan di Nissan dimana dia ditugaskan untuk mereka bentuk Datsun Baby. Dia kemudian ditugaskan untuk berkhidmat kepada pasukan penghasilan Nissan Bluebird 410, dimana pada ketika itu, model ini tidak mendapat sambutan dari pelanggan.

Yoshihiko Matsuo

Dengan kepakaran yang dimilikinya, Matsuo telah meyakinkan pihak atasan Nissan untuk menghasilkan Nissan 411 Bluebird SSS, sedan sport pertama syarikat tersebut. Model ini laris dijual di pasaran, dan pada tahun 1966 Matsuo telah diamanahkan untuk mengetuai jabatan dan studio reka bentuk Nissan, dimana model Z dilahirkan.

Matsuo dan pasukannya bukan sahaja ditugaskan untuk mereka bentuk barisan pengeluaran untuk model Z. Sebahagian besar tugasnya adalah untuk mengenal pasti kawasan yang berpotensi tinggi untuk jualan, peralatan pilihan, menentukan harga sesebuah model, pasaran dan penggayaan sesebuah model.

Sumbangan

Matsuo meramalkan dengan tepat penggunaan lebuh raya dan pemanduan berkelajuan tinggi, jadi barisan model Fairlady perlu dibangunkan dengan lebih canggih bermula dari roadster hingga ke model coupe hatchback.

Yoshihiko Matsuo

Dia juga telah meyakinkan syarikat untuk menambahkan kuasa pada kenderaan, supaya dapat meningkatkan pengeluaran model Z secara besar-besaran. Untuk memastikan supaya mereka boleh menawarkan roda magnesium pada model Z4532, Matsuo perlu mencari pembekal yang dapat membuatnya untuk Nissan.

Selain itu, pasukan Matsuo juga telah mengambil alih tugas reka bentuk lokasi sistem penghawa dingin tersembunyi hingga ketahanan tempat duduk dalam sesebuah kereta.

Kesimpulannya, Matsuo orang yang bertanggungjawab kepada reka bentuk model Z, menyertakan reka bentuk yang ikonik pada kereta tersebut. Keputusan secara individu telah dibuat olehnya untuk menghasilkan reka bentuk Z sedikit demi sedikit.

Yoshihiko Matsuo

Dia juga bahkan telah melakukan beberapa pandu uji untuk menguji kelajuan maksimum di lebuh raya di Jepun dan mengilhamkan penggunaan G-nose aerodinamik.

Sepanjang dia berkhidmat, Matsuo telah memastikan model Z sesuai dengan tujuannya. Dia tahu model Z akan menjadi popular tetapi tidak pasti populariti tersebut akan berkekalan seberapa lama. 

Matsuo telah bersara dan meninggalkan pasukan Nissan pada tahun 1973, tetapi masih aktif di kelab Z di Jepun dan antarabangsa hingga umurnya mencecah 80. Dia telah memberi inspirasi kepada banyak peminat dan para pereka kenderaan di seluruh dunia. 

Matsuo meninggal dunia sehari selepas ulang tahunnya yang ke-86.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here