Biomega tonjolkan kereta elektrik konsep – SIN 

1852

Biomega merupakan syarikat yang merekacipta dan menjual motosikal serta basikal daripada Denmark kini perkenalkan kenderaan elektrik (EV). Ia merupakan kenderaan empat roda pertama yang dibina syarikat itu.

 EV itu direka dengan reka bentuk unik dikatakan sesuai untuk pengguna urban.  Ia dinamakan SIN dan dilaporkan bakal dipasarkan di Singapura.



Syarikat terkemuka Denmark itu menonjolkan rekaan EV terulungnya itu di pameran perdagangan CIEE di Shanghai baru-baru ini. 

Menyerupai kereta mainan kanak-kanak yang diperbuat daripada kayu, EV itu dibina lengkap dengan empat pintu dan sudah tentulah reka bentuknya lebih kearah ciri-ciri Scandinavia.  Ini kerana ia direka oleh syarikat daripada Denmark.

Ia dibina tanpa tayar tradisional yang biasa digunakan pada kenderaan pada masa kini menjadikan ia mampu bergerak lancar seperti papan luncur dan sesuai dipandu di kawasan bandar yang sesak.

SIN hadir dengan empat tempat duduk, kabin yang ringkas dan luas namun ia tiada ruang khas untuk meletakkan barangan.

Yang menariknya ia menggunakan fascia window iaitu tingkap kaca digunakan sehingga ke bahagian lantai bagi memaksimumkan pandangan kepada jalan.

SIN direka untuk mempunyai berat yang ringan dibina dengan gentian karbon bermodul dengan berat keseluruhan sekitar 948 kilogram.

Jentera elektrik itu menggunakan stereng berbentuk segi empat tepat dan disertakan dengan skrin sesentuh

Ia dikatakan dilengkapi dengan bateri 20kWh dengan jarak pemanduan sejauh 159 kilometer dan kelajuan maksimum sekitar 130 kilometer sejam (km/j).

Biomega mengumumkan harga SIN buat masa sekarang bermula daripada $23,000 (RM 96,232) dan ia bakal berada dipasaran antara tahun 2021 atau 2023.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here