Jentera dalam filem Ghostbusters, Back to the Future dan Batmobile kini sedia untuk dilelong!

2529

Untuk peminat filem Batman, mereka perlu mengetahui berita ini. Replika kereta yang pernah digunakan dalam filem tersebut pada era tahun 1989, iaitu Batmobile kini sedia untuk dilelong.

batmobile

Bukan hanya Batmobile, dua replika kenderaan yang pernah digunakan dalam filem lain juga turut akan dilelong. Ia adalah Ecto-1 yang pernah digunakan dalam filem Ghostbusters dan DeLorean, kereta yang pernah digunakan dalam filem Back to the Future.



Kereta-kereta tersebut difahamkan milik Ryan Sheridan. Dia telah ditahan oleh pihak polis Amerika Syarikat kerana dipercayai terlibat dengan kes penipuan yang dilakukan melalui program Medicaid.

batmobile
Batmobile
Kes penipuan yang dilakukan menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat mengalami kerugian sebanyak USD48 juta (RM204 juta). Oleh sebab itu, pelbagai aset miliknya akan disita dan dilelong, termasuk beberapa kereta eksotik yang dimilikinya.
 
Menurut U.S. Marshals, Ryan diperintahkan untuk membayar balik sebanyak USD25 juta (RM106 juta) untuk mengimbangi kerugian yang dialami oleh kerajaan Amerika Syarikat.
 
Ecto-1

Menurut laman web lelongan, Batmobile ini dibangunkan dari Chevrolet Caprice Classic keluaran tahun 1995. Kereta ini dikuasakan oleh enjin V8 5.7-liter dan menggunakan pacuan roda belakang.

Tidak banyak butiran lain yang disertakan, namun berdasarkan gambar, Batmobile ini disertakan dengan reka bentuk badan khas yang dibuat menyerupai sebuah kereta Batman.

DeLorean

Untuk Ecto-1, kereta ini dibangunkan dari Cadillac 1959, yang disertakan dengan lampu dan logo Ghostbusters. Kereta ini telah diubah suai oleh Barris Kustoms.

Manakala kereta ketiga iaitu DeLorean 1981 telah diubah suai sepenuhnya pada bahagian dalam dan luar untuk kelihatan sama seperti dalam filem Back to the Future. 

Acara lelongan dalam talian ini akan bermula pada 1 Ogos 2020. Jika sudah berada di Ohio, pembida poleh terus ke pusat bidaan untuk membuat bidaan. Untuk membuat bidaan, pembida terlebih dahulu mesti mendaftar dan memasukkan tawaran maksimum untuk sesebuah kereta.

Batmobile

Ecto-1

DeLorean

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here