Pada minggu ini, Google Maps telah menyediakan kemas kini untuk pengguna Android dan Android Auto. Syarikat tersebut telah memperkenalkan beberapa versi baru yang lebih stabil untuk digunakan.
Kemas kini tersebut akan tersedia pada Julai ini, setelah tiada kemas kini terbaru hampir selama tiga bulan.
Kemas kini ini bermula pada 10 Julai yang lalu, dimana Google Maps versi 10.45.2 telah diperkenalkan. Tujuh hari kemudian, versi 10.45.3 pula diperkenalkan. Apa yang menarik, Google telah memperkenalkan Google Maps versi 10.46.1 pada masa yang sama untuk pengguna Android.
Mengenai versi beta, satu-satunya kemas kini yang diperkenalkan pada bulan ini ialah versi 10.46.0 iaitu pada 11 Julai. Kemungkinan besar, versi beta ini lulus ke saluran stabil sebagai versi 10.46.1, yang juga merupakan keluaran terbaru untuk pengeluaran peranti.
Difahamkan, tiada perubahan yang berlaku selepas kemaskini baru ini.
Sebelum ini, Google memperkenalkan ciri penentuan lokasi baru iaitu Live View AR, yang memudahkan perkhidmatan menentukan lokasi di suatu bandar yang sesak. Oleh kerana isyarat GPS mungkin terganggu kerana gangguan dan bangunan yang besar, Google Maps kini membolehkan penggunanya menetapkan lokasi mereka secara manual dengan bantuan Live View AR.
Ciri ini secara teknikal memerlukan pengguna untuk mengarahkan kamera telefon pintar ke bangunan tertentu untuk menentukan koordinat GPS.
Walaupun ciri ini diperkenalkan secara beransur-ansur dengan server-side, ada kemungkinan kemas kini ini akan menghasilkan kod yang diperlukan untuk menstabilkannya.
Jadi diharapkan ciri penentuan lokasi ini akan dapat lebih cepat dapat digunakan oleh pengguna di seluruh dunia.
Google juga mula menguji maklumat lalu lintas menerusi Google Maps. Jadi, semua versi beta ini diharapkan dapat menyertakan akses baru untuk para pengguna.
Sementara itu, tidak ada perubahan besar untuk sistem CarPlay, dimana banyak pengguna menunggu Google Maps untuk mendapakan ciri bantuan pada papan pemuka kenderaan mereka.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar