Jarang orang buat! Kereta terbiar diguna sebagai penghalang hakisan tebing sungai

2194

Mencegah hakisan di sesuatu tempat dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Namun, terdapat satu kaedah pencegahan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini iaitu dengan menggunakan kereta terbiar. 

Difahamkan pada 2012, badan kereta terbiar telah digunakan sebagai penghalang hakisan di sepanjang tebing sungai Montana, Amerika Syarikat. Tidak dapat dipastikan badan kereta tersebut kini masih ada atau tidak di tebing sungai tersebut.



Badan kereta yang telah berkarat ini diletakkan oleh pemiliknya di tebing sungai, dimana kaedah ini merupakan salah satu eksperimen mengawal hakisan yang digunakan sekitar tahun 1950-an.

Kaedah kawalan hakisan ini dikenali sebagai Detroit Riprap. Berikut adalah beberapa gambar di sepanjang sungai Montana, Amerika Syarikat.

  1. Barisan badan kereta antik di sepanjang sungai Big Horn, Montana

kereta terbiar

2. Longgokan badan kereta yang terdapat di sungai Little Tennessee, North Carolina

kereta terbiar

3. Badan kereta yang hampir hanyut di sungai Tuckasegee

kereta terbiar

4. Longgokan kereta terpakai di sepanjang sungai Tuckasegee, antara Bryson City and Cherokee, North Carolina

5. Badan kereta ditumbuhi pokok dan hampir hanyut ke sungai

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here