MotoGP Sepanyol 2020: Fabio Quartararo juara, Marc Marquez terlibat kemalangan

1572

Siri MotoGP Sepanyol yang diadakan di litar Jerez semalam, merupakan perlumbaan pembukaan yang dramatik. Ini kerana selepas Alex Rins, kini giliran juara dunia lapan kali, Marc Marquez mengalami kemalangan sehingga tidak dapat menamatkan perlumbaan.

marquez kemalangan

Pelumba pasukan Repsol Honda tersebut pada awalnya terjatuh di selekoh ke empat pada pusingan awal perlumbaan. Kemalangan tersebut telah menyebabkan dia terjunam ke kedudukan 17, namun Marc Marquez berjaya bangkit sehingga berjaya berada di kedudukan ke tiga.



Tetapi pada pusingan ke empat perlumbaan, dia sekali lagi mengalami kemalangan di tempat yang sama, ketika membelok di selekoh pada kelajuan 150km/j. Marquez kini difahamkan berada di hospital untuk rawatan lanjut.

Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo yang pada awalnya berada di petak pertama sebelum perlumbaan bermula, berjaya muncul juara pada siri pembukaan MotoGP 2020 ini.

Kedudukan kedua dan ketiga masing-masing diduduki oleh pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP iaitu Maverick Vinales dan pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso.

Berikut adalah keputusan penuh siri MotoGP Sepanyol 2020.

1. Fabio Quartararo – Petronas Yamaha SRT
2. Maverick Vinales – Monster Energy Yamaha MotoGP
3. Andrea Dvizioso – Ducati Team
4. Jack Miller  – Pramac Racing
5. Franco Morbidelli – Petronas Yamaha SRT
6. Pol Espargaro – Red Bull KTM Factory Racing
7. Francesco Bagnaia – Pramac Racing
8. Miguel Oliveira – Red Bull KTM Tech 3
9. Danilo Petrucci – Ducati Team
10. Takaaki Nakagami – LCR Honda Idemitsu
11. Johan Zarco – Hublot Reale Avintia Racing
12. Alex Marquez – Repsol Honda Team
13. Brad Binder – Red Bull KTM Factory Racing
14. Tito Rabat – Hublot Reale Avintia Racing
15. Bradley Smith – Aprilia Racing Team Gresini
16. Marc Marquez – Repsol Honda Team (DNF)
17. Iker Lecuona – Red Bull KTM Tech 3 (DNF)
18. Valentino Rossi – Monster Energy Yamaha MotoGP (DNF)
19. Aleix Espargaro – Aprilia Racing Team Gresini (DNF)
20. Joan Mir – Team Suzuki Ecstar (DNF)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here