Terhuyung-hayang tunggang motosikal, kemudian terbaring di pembahagi jalan

6966

Menunggang atau memandu sesebuah kenderaan ketika tidak dapat berfikir dengan waras adalah sesuatu yang membahayakan, bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan juga pengguna jalan raya yang lain.

motosikal terhuyung-hayang

Amaran tentang memandu dalam keadaan mengantuk atau dibawah pengaruh bahan yang terlarang sentiasa diingatkan, namun masih ada yang memandang remeh perkara ini. Bahkan ada juga sesetengah pemandu tetap berdegil untuk meneruskan pemanduan.



Seperti dalam video yang tular baru-baru ini, kelihatan seorang penunggang motosikal menunggang dalam keadaan terhuyung-hayang di sebuah jalan raya.

Melihat keadaan penunggang yang semakin tidak stabil, individu yang merakam video tersebut menyuruh pemandu di sebelahnya membunyikan hon supaya penunggang tersebut tersedar.

Namun penunggang motosikal itu akhirnya gagal menahan diri dan rebah dia atas rumput pembahagi jalan. Gelagat lelaki tersebut yang terhuyung-hayang sebelum rebah ditambah pula dengan suara lucu wanita yang merakam video itu membuatkan netizen tidak dapat menahan ketawa.

Berdasarkan video, penunggang motosikal itu difahamkan terlampau penat atau mengantuk, namun memaksa diri untuk meneruskan perjalanan. Dia bernasib baik kerana tidak mengalamai sebarang kecederaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here