Meja, payung dan kenderaan untuk meletakkan barang sudah menjadi kelengkapan asas bagi golongan peniaga yang ingin menjalankan perniagaan mereka.
Namun, kisah kali ini lain dari yang lain dimana seorang peniaga murtabak Maggi telah mengubah suai kereta Perodua Kancil miliknya menjadi tempat memasak.
Bahagian penumpang belakang kereta tersebut telah diubah suai sepenuhnya dan dijadikan ruangan dapur. Perkara ini dikongsikan pemilik akaun @Sarawak_Aritok di Twitter.
Kreatif….
Janji ada usaha ingin berjaya dalam hidup, apa² pun boleh dilakukan dengan kesungguhan dan niat yang ikhlas utk memajukan diri dan keluarga. pic.twitter.com/ITTN6cYAfU
— SARAWAK ARITOK (@Sarawak_Aritok) July 17, 2020
Posting tersebut kemudian mendapat perhatian netizen yang kemudiannya di-retweet lebih 5,900 kali oleh pengguna Twitter pada masa artikel ini ditulis.
Rata-rata tidak menyangka sebuah Perodua Kancil mampu diubah suai untuk dijadikan sebagai ala ‘food truck‘.
Namun di sebalik pujian tersebut, ada juga segelintir pengguna Twitter mempersoalkan dan menyatakan rasa bimbang dengan aspek keselamatan.
Tangki minyak yang berada di bawah tempat memasak menjadi perbualan hangat netizen, kerana ia berisiko besar akan menyebabkan kebakaran. Apapun, diharapkan kereta Kancil yang telah diubah suai ini telah mengambil-kira aspek keselamatan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar