Subaru Impreza 22B STi kondisi kilang untuk dijual, RM1.58 juta!

6156

Tanya saja pada mana-mana peminat Subaru dan JDM, huruf dan abjad keramat 22B. Pasti mereka tahu akan status lagenda dan betapa rare-nya model ini. Subaru Impreza 22B STi 1998 dikatakan model paling ikonik untuk nama itu.

Ia hadir dalam bentuk badan coupe 2-pintu, rekaan wide body, dan hanya 400 unit pernah dikeluarkan dalam tempoh masa singkat. Ianya sempena meraikan ulangtahun ke-40 Subaru dan kejuaraan ketiga berturut-turut pasukan pengeluar itu dalam kejuaraan rali dunia WRC.



Dikatakan juga hanya 24 unit pernah dihasilkan dan dieksport ke luar pasaran Jepun secara rasmi, dan dari jumlah itu, 16 unit berada di UK.

Unit ini walaupun di UK, bukanlah sebahagian dari kumpulan 16 unit tersebut. Ianya dibeli di Jepun dan kemudian diimport sebuah keluarga sebagai pelaburan. Ianya unit bernombor 309 dari 400 dan kini akan dijual di Appreciating Classics.

Menurut iklan jualan itu lagi, unit ini hanya pernah dipandu beberapa kali. Perbatuannya? Cuma 436km! Memang masih baharu sangat, malah tempat duduk belakangnya pun masih berbalut plastik!

Anda dapat lihat badan, cat dan kabinnya berada dalam keadaan original dan sangat baik, seperti baru keluar kilang. Kami yakin ia tersimpan rapi di bawah tempat teduh sejak dibeli hingga saat ini.

Perkara-perkara yang telah diganti hanyalah cambelt, pulley dan pam air, selain beberapa minyak dan penapis. Ini kerana Appreciating Classics mewajibkan kenderaan untuk diservis sepenuhnya sebelum dijual. Mereka juga akan menjamin hanya alatganti tulen digunakan.

Di bawah hud dengan skop udara itu ialah enjin 2.2-liter 4-silinder bentangan Boxer yang menghasilkan 280PS dan sekitar 363Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan dan klac plat berkembar serta pacuan semua roda.

Jadi anda pasti sudah dapat jangkakan ianya tidak akan dijual begitu murah. Ok harganya ialah £295,000 atau bersamaan RM1.58 juta.

Pada yang berkata “baik beli GT-R” atau “baik beli rumah banglo” tu, jelas sekali mereka tidak betul-betul memahami nilai sebenar kereta ini.

Anda boleh lihat iklannya di sini. Sementara itu, jamu mata anda dengan galeri di bawah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here