Operasi kilang pengeluaran Toyota kembali beroperasi sepenuhnya

2030

Toyota Motor Corp akan mulakan semula semua operasi kilang pengeluaran mereka di seluruh dunia sejak mula ditutup pada bulan Febuari lalu akibat penularan pandemik Covid-19.

Kilang Toyota yang berada di Venezuela difahamkan merupakan yang pertama sekali akan beroperasi semula.



Selain Venezuela, dimana syarikat pengeluar dari Jepun ini menghasilkan 416 kenderaan pada tahun 2019, beberapa kilang pengeluaran yang terdapat di lebih 20 negara lain juga akan turut akan beroperasi semula secara berperingkat.

Toyota, yang menghasilkan sekitar 5.63 juta kenderaan di luar Jepun pada tahun 2019, meramalkan permintaan kenderaan global akan berada pada trend pemulihan. Mereka juga merancang untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran secara beransur-ansur.

kilang toyota

Pada bulan April lalu, tahap pengeluaran global kilang Toyota di seluruh dunia telah jatuh sebanyak 66.2 peratus dari tahun sebelumnya, tetapi pada bulan Mei, mereka berjaya memperbaiki rekod tersebut dengan mencatatkan penurunan sebanyak 53.0 peratus.

Untuk pengeluaran domestik pada bulan Julai, Toyota pada bulan lepas menjangkakan akan mengalami penurunan sebanyak 10 peratus.

Rekod tersebut agak baik jika dibandingkan dengan penurunan sekitar 40 peratus pada bulan Jun 2020.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here