BMW E30 M3 1988 terjual dengan harga sebuah 8-Series GT serba baharu!

4260

Tidak perlu dihuraikan lagi betapa pentingnya BMW M3 (generasi E30) bukan sahaja kepada BMW, tetapi juga kepada seluruh industri automotif.

Ia telah merubah segmen kenderaan prestasi malah keupayaannya masih dikagumi hingga ke hari ini. Tidak hairanlah salah satu sampel terbaik E30 M3 di Amerika Syarikat (AS) ini terjual di pusat lelong online dengan harga tiga kali ganda BMW M4 baharu di sana.



 

Lelongan M3 ini berakhir pada harga USD250,000 (RM1.063 juta), manakala sebuah BMW M4 2020 di AS bermula pada harga USD70,000 (RM297,640).

BMW 8-Series GT 2019

Untuk perbandingan di Malaysia pula, harga lelongan E30 M3 itu hampir menyamai harga sebuah BMW 8-Series GT baharu (RM1.088 juta). Nampak betapa berharganya kereta ini?

Menurut laman Bring A Trailer, BMW M3 1988 ini mula diserahkan kepada pemilik pertamanya di California sehingga dia meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

Sehingga 2010, ia tersimpan di sebuah garaj dan digunakan sekali-sekala oleh keluarga pemilik itu. Kemudian, ia dibeli oleh pemilik kedua dari Missouri. Sehingga saat ia dijual di laman lelong itu, kereta itu mempunyai sekitar 8,000 batu di meter perbatuannya (kira-kira 12,800km).

Apa pun, keseluruhan kereta ini berada dalam keadaan sangat tip-top. Tengok sahaja gambar-gambar dalam galeri kami ini, bukan setakat kondisi kilang, boleh dikatakan kondisi muzium sekali!

Bahagian luar, cat, badan, kabin dalam, fabrik, kulit, dan enjin semuanya terjaga rapi. Malah komponen suspensi dan drivetrain juga nampaknya telah diberikan rawatan anti-karat.

M3 ini kali terakhir diservis pada April lepas, dengan penukaran minyak-minyak, pelarasan injap, pengetat timing chain, silinder klac, dan semua tali sawat.

Dan anda dengar sahaja dari video ini, ia memang berbunyi seperti baharu, sama seperti rupanya.

Berkenaan harga jualannya, jika diambil-kira keadaan kereta ini, kami rasa ia sangat berbaloi dan berpadanan. Bukan setakat rupa kereta, malah E30 M3 ini antara ikon dunia automotif dan mempunyai sejarah panjang dalam perlumbaan DTM.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here