Tengku Amirul dahaga kemenangan musim ini

1202

Tengku Amirul Haffirudin telah bergelar juara lebih awal sebagai juara keseluruhan kelas CP115. Namun dia terus dahagakan kemenangan pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan datang. 

Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Jempol Negeri Sembilan pada 17 dan 18 November ini.



Tengku Amirul yang berjaya mengumpul 188 mata hasil tujuh kemenangan dan  satu di tempat keempat sepanjang lapan pusingan lepas tidak mengambil mudah saingan pada pusingan 9 akan datang.

Manakala Md Fareez Afeez  yang merupakan rakan sepasukan pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu pula berjaya berada di tempat kedua dengan mata 116.

Pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang berjaya meraih gelaran keseluruhan individu. Selain itu, pasukan itu turut mengesahkan status sebagai juara keseleluruhan berpasukan dengan mengumpul 304 mata ketika ini.

“Misi saya adalah untuk terus meraih kemenangan pada baki dua perlumbaan terakhir musim ini. Pada masa sama saya merancang strategi untuk membantu Fareez kekal di tangga kedua keseluruhan ketika ini,” jelas Tengku Amirul.

“Walaupun sudah bergelar juara keseluruhan, ini tidak bermakna saya memandang mudah saingan minggu ini. Sebaliknya saya mempunyai misi untuk menamatkan musim ini dengan sembilan kemenangan.” Tambahya lagi.

“Kami mahu dia terus bersaing merebut kemenangan. Tentang saingan kelas CP150, semuanya akan diputuskan kemudian, bukannya ketika ini.”  Jelas pemilik pasukan, Pang Yoke You (YY Pang), bahawa Tengku Amirul akan kekal beraksi dalam saingan CP115 pada baki dua perlumbaan terakhir musim ini. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here