Pemandu bas sekolah di seluruh Malaysia akan disalurkan bantuan oleh pihak kerajaan pada 14 Ogos ini.
Berdasarkan pembentangan Laporan Laksana Ke-15 pelaksanaan Prihatin dan Penjana, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan ini melibatkan sebanyak 30,000 pemandu bas di seluruh negara.
Selain itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebelum ini mengumumkan perkara ini di mana setiap pemandu akan menerima bantuan khas sebanyak RM600 seorang, membabitkan peruntukan berjumlah RM21 juta.
Walau bagaimanapun, bantuan ini akan diberikan kepada pemandu bas sekolah yang memegang lesen memandu sah dan memandu kenderaan daripada pengendali bas berdaftar sahaja.
Kaedah pembayaran akan diumumkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bawah kementerian itu yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan berkenaan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar