Isuzu D-MAX Stealth ini trak pikap dengan side step macam Range Rover!

2802

Tak sampai setahun selepas pengenalan Isuzu D-MAX dengan enjin serba baharu 1.9 Ddi Blue Power tahun lepas, kini Isuzu Malaysia membawakan pula D-MAX Stealth.

Menurut Isuzu, D-MAX Stealth ini merupakan edisi terhad dengan sentuhan rekaan eksklusif yang menonjol dan menarik perhatian. Ianya berdasarkan varian D-MAX 4×4 Premium Automatic dan hanya 180 unit akan dikeluarkan.



Jadi, apa yang baharu atau unik pada D-MAX Stealth ini? Di bahagian luar, warna Stallion Black Metallic memang nampak agak stealth dengan gaya serba hitam, tetapi warna Silky White Pearl lebih menyerlah dan menampakkan segala penambahan yang diberikan.

Penambahan untuk D-MAX Stealth termasuklah:

  • Skirting depan baharu
  • Rekaan gril depan baharu
  • Rim aloi 18-inci dwi-tona dengan highlight merah
  • Pintu kargo dengan ciri Tailgate Assist
  • Pelekat badan Stealth
  • Power Side Step
  • Black Edition sports bar

Naik taraf paling utama di bahagian luar ini semestinya Power Side Step (pemijak sisi) iaitu ciri pertama seumpanya yang diberikan secara standard pada trak pikap di Malaysia.

Semasa pintu dibuka, ia akan terbuka dan memudahkan anda memanjat masuk atau keluar dari kenderaan. Semasa pintu ditutup pula, pemijak sisi ini akan naik dengan perlahan dan dilipat dan tersimpan ke dalam badan.

Ia menjadikan penampilan D-MAX ini lebih kemas dan elegan, seperti Range Rover iaitu SUV premium. Padu habis! Terdapat juga lampu LED pada pemijak sisi ini untuk menerangi permukaan jalan.

Di dalam pula, ciri unik edisi Stealth adalah seperti berikut:

  • Tempat duduk kulit berwarna merah diselangi kemasa fabrik hitam
  • Pelapik bumbung kelabu
  • Karpet hitam
  • Sistem navigasi binaan dalam
  • Papan pemuka serba hitam baharu
  • Kemasan hitam di luar corong pendingin hawa berserta tombol krom
  • Perakam video digital (DVR atau dashcam) depan dan belakang
  • Around View Monitor 360-darjah

Isuzu D-MAX Stealth ini dikuasakan oleh enjin 1.9 Ddi Blue Power diesel turbo baharu yang menjana 150PS dan 350Nm tork.

Transmisi pula ialah automatik 6-kelajuan, dan kuasa dihantar melalui sistem pacuan empat roda.

Untuk ciri keselamatan, D-MAX Stealth dilengkapi ciri terkini seperti ABS, EBD, Hill Start Assist, Hill Descent Control, Electronic Stability Control dan Traction Control System.

Harga jualan adalah RM125,799.20 (atas jalan tanpa insurans) untuk Semenanjung Malaysia, RM128,176.20 untuk Sabah, dan RM128,220.30 untuk Sarawak.

D-MAX ini juga dilindungi oleh jaminan 7-tahun tanpa had perbatuan. Untuk mereka yang membuat pembelian sepanjang bulan Ogos juga, layak mendapat sports roll bar atau penutup T-Lid (bernilai RM5,500) pada harga RM2,000 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, layari www.isuzu.net.my/pickup.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here