Iklan tentang Audi RS4 Avant dikritik dan mendapat kecaman kerana dikatakan berunsurkan bahaya dan p3nderaan s3ksual kepada kanak-kanak.
Iklan tersebut dimuat-naik oleh Audi di laman Twitter mereka yang memaparkan seorang kanak-kanak bersandar pada Audi RS4 Avant sambil memakan pisang.
Tweet tersebut disertakan dengan kapsyen, “Biarkan degupan jantung anda lebih cepat – dalam setiap aspek.”
Walaupun kelihatan tidak berbahaya, iklan tersebut mendapat kritikan yang teruk di internet kerana segelintir individu menganggapnya sesuatu yang menjurus kepada s3ksual. Ia juga dianggap bahaya kerana menggambarkan kanak-kanak yang dilanggar oleh kereta.
Namun, ada juga sesetengah pihak mempertahankan iklan tersebut dengan menyarankan sesiapa yang melihat budak perempuan memegang pisang perlu berjumpa doktor psikiatri.
Pihak Audi walau bagaimanapun telah menurunkan iklan tersebut dan mengemukakan maaf melalui akaun Twitter rasmi mereka.
We sincerely apologize for this insensitive image and ensure that it will not be used in future. We will also immediately examine internally, how this campaign has been created and if control mechanisms failed in this case. (3/3)
— AudiOfficial (@AudiOfficial) August 3, 2020
Sebelum ini iklan Volkswagen Golf Mk8 juga teruk dikecam kerana dikatakan berunsur perkauman.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar