Perodua panggil semula Myvi berkenaan isu pam bahan api

4377

Susulan kempen recall (panggil semula) Honda Malaysia dan UMW Toyota (UMWT) yang melibatkan kenderaan Honda, Toyota dan Lexus di Malaysia, Perodua Myvi juga nampaknya terlibat.

Panggilan semula itu adalah berkenaan isu pam bahan api global dan Perodua mengeluarkan notis panggil semula untuk Myvi generasi ketiga.



Pada Mac lalu, Toyota Motor Corporation (TMC) mula mengesan isu ini membabitkan 3.2 juta kenderaan (termasuk Daihatsu). Ia mula dikesan apabila 66 laporan dan 2,571 tuntutan waranti dibuat di Amerika Syarikat (AS).

Kegagalan pam bahan api akan menyebabkan enjin terhenti, hilang kuasa semasa memandu dalam kelajuan rendah, lampu pada panel instrumen tidak berfungsi, atau kereta tidak dapat dihidupkan.

Tambahan lagi, siasatan di AS mendapati isu tersebut lebih cenderung berlaku di kawasan selatan negara itu yang mempunyai cuaca lebih panas, sama seperti Malaysia.

Di Malaysia pula, isu pam bahan api sudah menjadi sesuatu yang kerap dilaporkan dari kalangan pemilik Perodua Myvi yang menerima kenderaan mereka pada akhir 2018 hingga 2019.

Beberapa laporan mengatakan pam bahan api sudah ditukar dua kali, namun masalah sama masih berlaku.

Perodua akan menanggung semua kos penukaran dan menggalakkan semua pemilik yang terjejas dengan pam bahan api supaya membuat janji temu dengan pusat servis berdekatan. Buat masa ini model terjejas adalah Myvi keluara 2018 dan 2019.

Setakat ini tiada pengumuman rasmi dibuat Perodua mengenai notis panggil semula itu, dan berita ini dipetik WapCar.

Jadi pemilik diminta sentiasa mengemas kini e-mel atau menghubungi terus Perodua untuk kepastian dan maklumat lanjut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here