Fabio Quartararo terpantas sesi latihan MotoGP Republik Czech

1134

Pendahulu kejohanan MotoGP 2020, Fabio Quartararo meneruskan dominasinya apabila muncul sebagai pelumba terpantas pada sesi latihan MotoGP Republik Czech.

Fabio Quartararo MotoGP Republik Czech

Pelumba kelahiran Perancis yang setakat ini memenangi dua pusingan perlumbaan untuk pasukan Petronas Yamaha SRT ini mencatatkan masa terpantas di saat akhir pada sesi kedua sesi latihan.



Sebelum ini, Quartararo agak bergelut di dalam litar kerana jenteranya yang kurang cengkaman. Catatan masanya ialah 0.007 saat lebih pantas dari rakan sepasukannya iaitu Franco Morbidelli.

“Perkara yang postif ialah kami sangat pantas pada satu pusingan. Tetapi kami perlu berkerja dengan sangat keras. Saya sudah mengenalpasti masalah yang dialami jadi kami akan memperbaiki masalah tersebut,” kata Quartararo.

Dua pelumba yang melakukan kejutan pada sesi latihan ini ialah Miguel Oliveira dari pasukan KTM-Tech3 yang berada di kedudukan ketiga dan Johann Zarco dari pasukan Ducati-Avintia yang berada di kedudukan keempat.

Pelumba dari Jepun, Takaaki Nakagami mencatatkan masa terpantas pada sesi ujian masa di pada waktu pagi. 

Kelibat juara dunia iaitu Marc Marquez pula masih belum kelihatan ekoran daripada kecederaan yang dialaminya semasa MotoGP Sepanyol.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here