Hati-hati! Cermin kereta pecah penangan penyembur fabrik

2738

Sebagai pemilik kenderaan, anda perlu mengetahui cara untuk memastikan kenderaan anda sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.

Namun begitu, ramai yang mungkin ‘terlepas pandang’ untuk turut memastikan bahawa kenderaan juga perlu sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.



Ianya termasuk meletakkan kenderaan di tempat yang kurang panas, selamat serta memastikan ia dikunci dengan pengunci stereng sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Malah, anda juga diingatkan untuk tidak meletakkan barangan yang merbahaya di dalam kenderaan lebih-lebih lagi jika kenderaan anda diletakkan di bawah cuaca yang terlalu panas.

Ini kerana kemungkinan untuk cermin kenderaan anda meletup adalah lebih tinggi.

Seperti kes yang terjadi baru-baru ini, telah menyebabkan cermin kereta pecah kerana terdapat penyembur fabrik yang diletakkan di dalam kenderaan tersebut.

Menurut akaun Twitter @ayuazizz, dia menyaksikan kejadian letupan dari penyembur fabrik yang diletakkan di dalam kereta.

Pada mulanya dia menganggap bahawa cermin kereta tersebut telah dipecahkan oleh individu yang mungkin cuba untuk mencuri kereta atau barang yang ada di dalamnya.

Namun, apabila disiasat punca sebenar, ianya disebabkan daripada tekanan penyembur fabrik yang ada di dalam kenderaan yang diletakkan di bawah cuaca panas.

cermin kereta pecah

Berdasarkan gambar tersebut, cermin belakang Perodua Axia tersebut pecah dan terdapat cecair yang bewarna putih keluar dari cermin tersebut.

Perkongsian ini kini telah meraih lebih 19.2 ribu Retweet dan 9.1 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here