Usahawan kosmetik dan penyanyi sensasi Safiey Illias atau nama sebenarnya Saifuddin Bin Illias mengakui berdepan perasaan fobia untuk memandu di jalan raya.
Menurut Safiey, disebabkan depresi juga, dia terpaksa menyimpan kereta sport miliknya iaitu Ford Mustang GT selama hampir setahun kerana bimbang kereta tersebut akan meletup, terbakar dan masuk ke dalam gaung.
“Itu saya hadap selama lapan bulan. Hari ini gagahkan juga sebab tahu sangat stereng ini rindu dekat saya. Hampir lapan bulan juga kereta tak bergerak cuma panaskan enjin saja. Bila bawa kereta, pegang stereng rasa nak nangis, hiba,” kata Safiey menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Safiey, perasaan itu ekoran tersentuh atas kurniaan nikmat Allah kepadanya. Ford Mutsang GT tersebut dibelinya ketika masih berusia 22 tahun.
“Walau banyak wira papan kekunci (keyboard warrior) yang suka kecam saya, tapi saya fikir satu je. Setiap kecaman mereka menggambarkan hati mereka yang tidak tenang. Kecemburuan kerana gagal menjadi yang terbaik dalam kerjaya,” tambahnya.
Dalam posting sama, Safiey Illias juga menyesal dan akui mahu menyanjungi keluarga terlebih dahulu terutama kedua-dua ibu bapanya selepas kesilapannya dua tahun lalu.
“Saya tak nak sanjung kawan lagi. Saya nak hargai keluarga dan sahabat yang ada dengan saya,” kata Safiey.