Volkswagen Arteon R-Line kini di Malaysia, 190hp dan 320Nm, RM220k

2302

Setelah dipertontonkan di Malaysia tahun lepas, VW Arteon kini dilancarkan secara rasmi oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

Model fastback (sedan sports) ini hadir dalam varian Arteon R-Line dan dipasang di kilang pemasangan syarikat itu di Pekan, Pahang.



Menarik pada nama Arteon ini adalah ‘Art’ yang merujuk kepada garis harmoni dan sporti, manakala ‘eon’ bermaksud ia model premium Volkswagen.

Gaya sporti dan elegan

Sebagai sebuah fastback, Arteon menampilkan garis bumbung yang rendah, tingkap tanpa bingkai, dan cermin belakang yang bersambung dengan lampu belakang. Ini memberikannya penampilan premium tetapi sporti.

Arteon dilengkapi lampu depan LED dengan Dynamic Cornering Lights, dan buat pertama kali, Arteon diberikan All Weather Light. Lampu ini akan memberikan kejelasan pencahayaan optimum dalam semua cuaca.

Ciri lain adalah kemasan krom di depan, lencana R-Line, lampu belakang dengan signal dinamik, spoiler hitam, dan rim aloi 19-inci Montevideo.

Lima warna ditawarkan: warna metalik ialah kelabu (Manganese Grey), kuning (Turmeric Yellow) dan perak (Pyrite Silver). Manakala warna mutiara ialah hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White Pearl).

Kabin mewah

Ruang dalaman Arteon R-Line mendapat kemasan aluminium Silver Rise, pelapik bumbung hitam Titanium, jam analog dan lampu ambien tiga warna.

Di depan pemandu ialah paparan Digital Cockpit, dan pemandu boleh memilih 15 gaya pemanduan berbeza melalui Driving Mode Selection. Ciri ini juga hadir dengan Dynamic Chassis Control (DCC).

Terdapat juga tempat duduk ErgoComfort bersama 14 talaan dengan lencana R-Line, fungsi urutan untuk tempat duduk pemandu, sistem bunyi Dynaudio 700W dengan 11 pembesar suara, amplifier digital 16 saluran.

Enjin dan prestasi

VW Arteon R-Line dipacu oleh enjin 2.0TSI dengan transmisi DSG 7-kelajuan yang ditambahbaik. Enjin ini menghasilkan 190hp dan 320Nm tork, ditala untuk pemanduan sporti.

Keselamatan

Sistem keselamatan pada Arteon antaranya adalah Post Collision Braking System yang menghalang pelanggaran kali kedua, Crash Response System (ICRS), dan Electronic Different Lock (XDS).

Ciri standard lain pula adalah Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Hill-hold Control, Proactive Passenger Protection System dan Active Bonnet yang memberi perlindungan kepada pejalan kaki. 

Volkswagen Arteon R-Line dijual pada harga RM220,043 dan hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, di samping jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Tempahan serta pandu uji boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here