Toyota Yaris yang terdapat di pasaran seperti Jepun dan United Kingdom (UK) dibangunkan di atas pelantar GA-B yang membolehkannya mempunyai prestasi pemanduan lebih dinamik.
Yaris ini juga mempunyai versi GR (Gazoo Racing) yang hardcore dan memegang rekod enjin 3-silinder paling berkuasa di dunia buat masa ini. Varian GR Yaris dikatakan akan dilancarkan juga di Malaysia, tetapi harganya sudah mencapai taraf hot hatch berprestasi tinggi.
Untuk pilihan lebih mesra poket, TOM’S Racing, syarikat talaan aftermarket untuk Toyota dan Lexus telah memperkenalkan rangkaian kit badan untuk menjadikan Yaris nampak lebih garang dan sporti.
Kit ini terdiri daripada splitter depan, skirting sisi, diffuser belakang dan spoiler bumbung lebih besar. Dengan pemasangan kit badan ini, ia akan memanjangkan sedikit badan Yaris sebanyak 68mm, dan paling penting, ketinggiannya direndahkan sebanyak 25mm.
Ekzosnya kini di posisi tengah dan berkembar, berdiameter 108mm dan diperbuat dari titanium. Tayar pula menggunakan profil lebih agresif, iaitu 245/35R20.
Harga setiap satu komponen adalah sekitar 33,000 Yen (RM1,177) hingga 138,000 Yen (RM4,239) setiap satu, bergantung kepada pilihan komponen tanpa cat atau siap dicat.
Sayang sekali ya tiada pilihan TOM’S untuk Toyota Yaris versi negara kita. Mungkin ada kit lain di luar sana?
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar