Alexandra Mary Hirschi aka ‘Supercar Blondie’, influencer kereta wanita terkaya di dunia!

6346

Wanita dan dunia automotif sering kali dipandang sebelah mata. Keberadaan wanita kadang-kadang hanya dilihat sebagai pemanis pandangan sesebuah kereta.

Hal ini dapat dilihat apabila sesebuah pameran kereta diadakan, hampir semua peserta akan menempatkan wanita dengan kelayakan tertentu untuk menarik minat pengguna dan pengunjung.



Akan tetapi untuk pengetahuan anda, ada juga wanita yang menjadi influencer kereta paling berpengaruh di seluruh dunia.

influencer kereta

Wanita yang dimaksudkan ialah Alexandra Mary Hirschi atau popular dengan nama Supercar Blondie.

Alex sangat popular dan dikenali di seluruh dunia kerana kerap melakukan pandu-uji atau berkongsi video mengenai kereta mewah bahkan supercar yang diperkenalkan oleh pelbagai syarikat pengeluar.

Alex kini menjadi seorang influencer kereta dengan pendapatan yang luar biasa. Dia juga diakui sebagai influencer automotif wanita dengan pendapatan tertinggi di dunia.

Wanita berusia 34 tahun ini difahamkan memperoleh pendapatan sehingga USD2 juta (RM8.3 juta) setahun, hasil daripada menjadi seorang influencer kereta. 

Bukan hanya pendapatannya yang luar biasa, Alex juga sering diberikan hadiah, diterbangkan ke pelbagai negara di seluruh dunia dan masih diberi bayaran untuk mempromosikan supercar di akaun media sosialnya.

Bak kata pepatah “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”, Alex sebelum ini hanyalah seorang pekerja di satu stesen radio sejak menetap di Dubai pada tahun 2008.

Dia juga menyatakan pernah diremehkan terutama oleh kaum lelaki, yang menganggapnya “tidak tahu apa-apa tentang kereta”. Namun, tohmahan tersebut dijadikan sebagai pembakar semangat bagi Alex untuk berjaya sehingga ke hari ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here