Pengurus Andrea Dovizioso, Simone Battistella mendedahkan bahawa pelumba kelahiran Itali tersebut tidak akan menyambung kontraknya bersama pasukan Ducati untuk MotoGP 2021.
Menurut Battistella, Dovizioso tidak akan berhenti dari MotoGP walaupun dia tidak lagi bersama pasukan Ducati pada musim depan.
“Andrea tidak berniat untuk terus bersama Ducati untuk beberapa tahun ke depan. Kami percaya tidak ada syarat untuk terus bersama (Ducati). Kami juga tidak pernah membincangkan tentang bahagian ekonomi (gaji),” kata Battistella.
Battistella juga berkata keputusan ini dibuat oleh Dovizioso sendiri. Dengan berakhirnya kerjasama antara Dovizioso dan Ducati, itu tidak bermakna dia akan meninggalkan MotoGP.
Sejak menyertai pasukan Ducati pada tahun 2013, Andrea Dovizioso telah bersaing dalam 130 perlumbaan, dengan 13 kemenangan, 39 kedudukan podium dan 6 kedudukan pole.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar