Porsche Taycan ditayang dalam iklan ulang tahun ke-10 SDAP, petunjuk ketibaan tak lama lagi?

1823

Sime Darby Auto Performance (SDAP) pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Porsche di Malaysia telah menayangkan imej Porsche Taycan dengan mesej “Soul electrified. Coming soon.

Imej itu ditayang dalam video berdurasi 2 minit 38 saat bertajuk A Decade of Porsche Fascination iaitu video yang merujuk kepada ulang tahun ke-10 operasi SDAP dan Porsche di Malaysia.



Tayangan imej Porsche Taycan itu diletakkan di bawah bahagian agenda syarikat itu untuk tahun 2020, bersama dengan pembukaan Porsche Centre Ara Damansara yang dikatakan akan menjadi Porsche Centre terbesar di Malaysia dan di Asia Tenggara.

Jadi adakah ini bermakna Porsche Taycan akan membuat kemunculannya di Malaysia tidak lama lagi?

Model EV (elektrik sepenuhnya) itu dilancarkan secara global tahun lepas di beberapa lokasi seluruh dunia.

Taycan menampilkan dua motor elektrik (satu di gandar depan, satu di belakang) dan menjana 616hp. Dengan Launch Control dan fungsi Overboost, Taycan Turbo menghasilkan 671hp (500kW) manakala Turbo S menjana 751hp (560kW).

Pesaing Tesla ini juga menggunakan sistem bateri 800 volt yang pertama dalam industri yang dikatakan mampu memberi prestasi mengecaj lebih cekap.

Pecutan 0-100 boleh dibuat dalam masa 2.8 saat, dengan jarak pemanduan sehingga 450km bergantung kepada varian dan mod dipilih.

Sementara itu, sepanjang 10 tahun beroperasi, SDAP telah melancarkan 36 model serta menganjurkan 50 program pemanduan dan track day di negara ini.

Khas untuk pelanggan, SDAP menawarkan kemeja polo istimewa sempena ulangtahun ini dengan sebarang tempahan atau pembelian model baharu atau model pre-owned. Tawaran ini sah sehingga 17 September 2020.

Untuk orang ramai pula, anda berpeluang memenangi model die-cast ‘Porsche 911 GT edition’ berskala 1:18 dengan menyertai peraduan kreativiti di Facebook atau Instagram.

Hanya lawati mana-mana Porsche Centre di Malaysia dan ambil gambar swafoto paling kreatif dengan ucapan tahniah, dan muat-naik di Facebook atau Instagram.

Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh disemak di sini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here