Peserta baru dalam pasaran motosikal, Aveta perkenalkan model DY90 dan RX110

3285

Pasaran motosikal tempatan kini ‘dikejutkan’ dengan kehadiran syarikat pengeluar baharu di dalam industri permotoran. Jenama “Aveta” secara diam-diam membuat kemunculan pada bulan November tahun lalu.

Aveta

Aveta dipasar dan dikeluarkan oleh Aveta Global Marketing Sdn. Bhd, dan mula menjual dua model asas untuk pasaran tempatan iaitu DY90 dan RX110.



Kedua-dua model ini difahamkan telah dijual melebihi 2,000 unit sehingga kini.

Aveta

Kedua-duanya juga dipasang sepenuhnya secara pemasangan terurai atau CKD dan diperkenalkan di pasaran tempatan pada bulan Mac yang lalu.

Aveta DY90

Harga jualan bagi model DY90 ialah RM2,880 tanpa insuran.

Motosikal ini merupakan sebuah model kapcai berkapasiti 90cc (4-lejang, silinder tunggal, enjin melintang) yang dipadankan transmisi 4-kelajuan berputar.

DY90 boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan hitam.

Aveta RX110

Untuk model RX110, model kapcai ini mempunyai penampilan lebih sporti dan dijual sekitar RM4,039.20 tanpa insuran.

Model ini dilengkapi enjin 4-lejang satu silinder yang difahamkan bersesaran 110cc, dengan sistem sejukan udara dan transmisi empat kelajuan berputar. Kuasa yang dihasilkan adalah sebanyak 7.8hp pada 7,500rpm dengan tork maksimum 7.8Nm pada 6,500rpm.

Motosikal ini juga mempunyai tangki petrol dengan isian penuh 4.2 liter, suspensi depan teleskopik, suspensi belakang berkembar (gas, teleskopik), brek cakera di bahagian roda depan, brek jenis dram di bahagian roda belakang.

Rim aloi 17 inci turut disertakan, bersama dengan tayar saiz 70/90-17 (depan) dan 80/90-17(belakang). Berat bersih motosikal ini ialah 123kg.

Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu merah, hijau dan biru.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here