Kasih sayang datuk dan nenek buat cucu mereka memang tiada galang ganti. Bak kata orang, sayang terhadap cucu ni lain macam sikit. Sebab itu mereka tidak kisah berkorban untuk cucu-cucu mereka.
Hal ini boleh digambarkan dengan pengorbanan seorang warga emas dari Thailand buat cucunya baru-baru ini.
Kisah menyentuh hati ini dikongsikan oleh Facebook Rachot Wangkahart, dimana dia bertemu dengan seorang warga emas yang berhenti di stesen minyak untuk pergi ke tandas pada waktu tengah malam.
https://www.facebook.com/rachot.wangkahart/posts/3441848555854804
Jarang melihat orang tua keluar pada waktu tengah malam seperti itu, Rachot mendekatinya dan bertanya ke mana hala tuju lelaki berkenaan.
“Saya tanya di mana dia tinggal dan apa dia buat seorang diri waktu tengah malam sebegini,” kata Rachot.
Rachot terus sebak bila lelaki itu menjawab,
“Saya tinggal di Buriram. Saya di sini untuk pergi ke upacara pengebumian cucu lelaki saya.”
Rupa-rupanya, warga emas tersebut telah tunggang motosikal miliknya dari Buriram menuju ke Khon Kaen sejauh 300km.
Tujuannya adalah untuk menatap wajah cucunya yang berusia 15 tahun buat kali terakhir. Katanya, cucunya itu telah meninggal dunia dalam satu insiden lemas.
Lebih menyedihkan, atuk itu hanya berbekalkan 300 Baht (RM40.45) dan kerana tidak mahu menyusahkan keluarga di Khon Kaen, dia berniat untuk mencari tempat berteduh semalaman di balai polis atau kuil berdekatan.
Dia juga terpaksa tidur sambil duduk di sebelah motosikal dekat stesen minyak tersebut disebabkan tidak begitu tahu tentang kawasan tersebut.
“Duit saya hanya cukup untuk isi minyak penuh dan beli sehelai topeng muka baru. Saya baik-baik saja,” kata warga emas tersebut.
Kerana terharu dan tidak sampai hati, Rachot memberikan lelaki itu sedikit wang saku dan mengekorinya dari belakang ketika dia menunggang motosikal demi memastikannya selamat sepanjang perjalanan.
Sambil menangis lelaki itu berterima kasih dan sebaik sampai di Buriram kira-kira jam 5 petang keesokan hari, dia terus memaklumkan pada Rachot.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar