Mercedes-AMG A45 S buat moose test, lepas ke?

1775

Ujian catatan masa di litar-litar seperti Nurburgring biasa menjadi pengukur prestasi sesebuah kereta, tetapi ia mungkin tidak begitu adil untuk semua kereta.

Mungkin ujian yang lebih adil adalah moose test atau ujian mengelak perlanggaran. Dalam hanya satu saat, semua karakter keseimbangan dan pengendalian kereta akan terserlah. Oversteer, understeer dan perpindahan berat dapat dinilai di dalam situasi lebih terkawal.



Antara kereta terkini yang menjalani moose test ialah raja segala hot hatch, iaitu Mercedes-AMG A45 S yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia beberapa bulan lepas. Mengapa raja? Ya lah, ia berkuasa 416hp hanya dari enjin 2.0-liter serta mempunyai pacuan semua roda.

Ia pasti sangat laju, mantap pengendaliannya di litar dan jika pemandu mahu berseronok, masuk sahaja Drift Mode dan siap sedia menghasilkan kepulan asap di selekoh. Tetapi, bagaimana pula dengan moose test? Masih mantap?

Ujian ini dijalankan oleh km77.com dengan kelajuan maksima 75km/j. Video mengatakan kelajuan ini agak rendah jika dikira dengan tahap cengkaman yang ada pada tayarnya.

Nampaknya A45 S cukup lancar dan mudah dikawal melalui maneuver kecemasan, dan inilah yang kita mahu di dalam situasi sebegitu.

Terdapar sedikit understeer pada permulaan input stereng, tetapi ia terus diseimbang dengan tayar belakang yang memberikan sedikit oversteer. Di saat keluar dari maneuver itu, A45 S nampak neutral dan mungkin sedikit oversteer sebelum kereta diluruskan.

Klip video itu berakhir dengan A45 S dipandu melalui slalom biasa. Video itu memuji hot hatch itu kerana tangkas dan lancar melalui laluan zig-zag itu, sama seperti prestasinya dalam moose test.

Pemandu memasuki slalom pada 75km/j, tetapi kelajuan ditingkatkan di saat penghujung slalom.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here