Moto2 Styria 2020: Alejandro Medina sah ganti Hafizh Syahrin

1914

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah tidak akan mengambil bahagian dalam Grand Prix Styria kerana belum pulih dari kecederaan yang dialami semasa GP Austria di litar Red Bull Ring, baru-baru ini.

Menurut Aspar Team, pelumba MotoE mereka iaitu Alejandro Medina akan menggantikan Hafizh Syahrin, dan bekerjasama dengan rakan senegaranya, Aron Canet untuk perlumbaan yang juga akan diadakan di litar Red Bull Ring.



Hafizh Syahrin walau bagaimanapun difahamkan akan cuba kembali berkasi di GP San Marino dan GP Emilia Romagna yang akan berlangsung di litar Misano pada 13-20 September yang akan datang.

hafizh syahrin Styria

“Terus terang, saya ingin mengambil bahagian dalam perlumbaan yang akan datang, tetapi saya masih rasa sakit kesan dari kemalangan itu. Doktor yang merawat saya juga menasihati saya untuk berehat dengan baik.”

“Saya merasa lebih baik dari hari ke hari, tetapi penting bagi saya untuk mengutamakan pemulihan saya sebelum memikirkan untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan yang akan datang,” kata Hafizh.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here