Di awal penciptaannya, kereta tidak memiliki kelajuan hingga ratusan km/j. Bahkan Benz Patent-Motorwagen, yang merupakan kereta berkuasa petrol pertama di dunia hanya mampu mencapai kelajuan maksimum 16km/j.
Menurut sejarah, terdapat individu pertama yang memandu kereta dan mencapai 100km/j. Beliau ialah pemuda kelahiran Belgium iaitu Camille Jenatzy.
Dia mencatat kelajuan maksimum 105.882km/j dengan memandu La Jamais Contente, sebuah kenderaan yang direka khas olehnya.
Kenderaan ini memang dicipta untuk menghasilkan rekod kelajuan pada masa tersebut, berdasarkan reka bentuk badannya yang disertakan dengan aloi ringan.
Kenderaan ini juga dikuasakan oleh dua motor elektrik Postel-Vinay 25kW yang mampu menghasilkan sehingga 124A.
Secara keseluruhan, kenderaan ini mampu menghasilkan output sehingga 68hp.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar