Bermula dari kedudukan ke-8, pelumba Red Bull KTM Tech3, Miguel Oliveira berjaya menduduki tempat pertama di MotoGP Styria 2020 yang berlangsung di litar Red Bull Ring.
Kemenangan Oliveira tidak dijangka kerana sejak awal perlumbaan, pelumba Suzuki Ecstar Joan Mirr memimpin perlumbaan sebelum perlumbaan ditangguhkan buat sementara waktu kerana kemalangan yang melibatkan pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales.
Menjelang selekoh terakhir perlumbaan, Miguel Oliveira berjaya mengatasi pelumba Pramac Ducati, Jack Miller dan Red Bull KTM Factory Racing Pol Espargaro dan muncul sebagai juara.
Habuan BMW M4 G28
Setelah berjaya memperoleh kemenangan, pelumba kelahiran Portugal ini juga menerima hadiah yang cukup lumayan iaitu sebuah BMW M4 G28.
A victory, and a nice added bonus for @_moliveira88! 🚗#AustrianGP 🏁 pic.twitter.com/uDayjK2Fj7
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) August 23, 2020
“Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada semua orang yang mempercayai saya. Satu sejarah tercipta pada hari ini buat diri dan juga negara saya. Terima kasih semuanya,” kata Oliveira.
Joan Mirr yang sempat mendahului, sekadar menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-4. Selain itu, Andrea Dovizioso yang muncul juara pada siri MotoGP sebelum ini yang juga berlangsung di litar Red Bull Ring, sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-5.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
[…] di London, Kanada yang dikenali sebagai Moe Alkaissy nyaris maut apabila cuba menyelamatkan sebuah BMW M4 yang dicuri dari pusat […]