“Kalau setakat saman RM10,000, RM10 juta aku boleh bayar,” lelaki pakai BMW tengking anggota JPJ

2736

Seorang lelaki bertindak biadap apabila tengking dan menolak anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas kereta miliknya ditahan untuk pemeriksaan di Jalan Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu.

gambar hiasan

Kejadian difahamkan berlaku ketika mangsa bersama beberapa rakan sedang bertugas melakukan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan.

Semasa kejadian, mereka menahan sebuah kereta jenis BMW yang didapati tidak mempamerkan cukai jalan serta cermin gelap.



Ketika ditahan, pemandu kereta berkenaan memberhentikan kenderaan sebelum diberi penjelasan berhubung kesalahan dilakukan.

Ketika anggota JPJ sedang memberikan penjelasan, penumpang iaitu suspek tiba-tiba keluar dari kenderaan dan tengking anggota bertugas dengan kata-kata kesat.

Suspek ada mengeluarkan kata-kata seperti “tulis lah cepat sikit, aku banyak kerja lagi. Kalau setakat saman RM10,000, RM10 juta aku boleh bayar,” kepada anggota terbabit.

Suspek juga bertindak menolak mangsa sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

tengking JPJ

Melihat keadaan semakin tegang, pegawai bertugas yang berada di lokasi sama cuba menenangkan keadaan dengan menjelaskan tindakan yang diambil pihaknya.

Suspek kemudian mengajak pemandunya meninggalkan lokasi kejadian tanpa mengambil notis saman yang dikeluarkan.

Susulan kejadian itu, pegawai JPJ yang bertugas membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan anggotanya selain ingin menjaga maruah jabatan JPJ.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here