Jalan raya di Thailand adalah jalan raya paling berbahaya di dunia. Setiap tahun, sekitar 20,000 orang menjadi korban jalan raya. Daripada jumlah kematian tersebut, tiga perempat daripadanya melibatkan pengguna motosikal.
Disebabkan kes kematian melibatkan pengguna motosikal terlalu banyak, Sompong Chanraksa, 60, kumpulkan topi keledar yang diambil dari lokasi kemalangan sebagai peringatan keselamatan kepada dirinya dan semua pengguna motosikal yang lain.
Sompong mula kumpulkan topi keledar motosikal terpakai ini sejak 50 tahun yang lalu. Dia kini memiliki lebih dari 700 topi keledar milik penunggang atau pembonceng motosikal yang cedera atau maut kerana kemalangan.
Selain meletakkan koleksi topi keledar, Sompong juga menghasilkan dua patung lengkap berpakaian dan memakai topi keledar menaiki sebuah replika motosikal di halaman rumahnya.
“Saya menghasilkan patung ini untuk mengingatkan semua orang supaya memakai topi keledar sebelum meninggalkan rumah untuk keselamatan mereka sendiri,” kata Sompong.
Topi keledar koleksi Sampong terbahagi kepada beberapa keadaan. Ada yang masih kelihatan elok, ada yang retak bahkan ada yang sudah pecah. Ada juga topi keledar yang sudah reput, disebabkan terdedah kepada cuaca panas dan hujan.
Sampong juga berkata jika dia tidak memiliki topi keledar untuk pergi ke pasar, dia akan memakai topi keledar yang dikutip walaupun topi keledar tersebut milik orang yang telah meninggal dunia.
Walaupun koleksi ini menakutkan kebanyakan orang , Sompong berkata ia juga mendorong banyak jirannya untuk mengambil berat tentang keselamatan jalan raya.
Ini adalah peringatan bahawa sebahagian besar orang yang terbunuh di jalan raya di Thailand adalah penunggang motosikal.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar