Ini barang perkhemahan Toyota TRD, untuk pasaran AS sahaja

1656

Di era moden pada masa kini, sesuatu yang berbeza adalah salah satu strategi sesebuah syarikat pengeluar kenderaan untuk memastikan jenama mereka menarik minat pelanggan.

Toyota amerika syarikat

Strategi ini turut dilakukan oleh Toyota di Amerika Syarikat, dimana mereka memperkenalkan empat alat kelengkapan perkhemahan, lengkap dengan label TRD (Toyota Racing Development).



Kelengkapan yang pertama ialah H2go Scout Bottle atau botol minuman yang berharga USD22 (RM91). 

H2go Scout Bottle

Produk yang kedua ialah lampu Pop-up Lantern dan beg penyejuk. Lampu yang dilengkapi dengan pembesar suara dan beg penyejuk ini masing-masing ditawarkan pada harga USD32.95 (RM136) dan USD49.95 (RM207).

Toyota amerika syarikat

Selain itu, syarikat pengeluar dari Jepun ini juga memperkenalkan kuali dengan label TRD. Dipanggil sebagai Cast Iron Skillet Camping Set, kuali ini dijual pada USD50 (RM207).

Toyota amerika syarikat

Peralatan perkhemahan ini mungkin merupakan strategi sokongan untuk jualan kereta mereka. Di Amerika Syarikat, Toyota memiliki line-up off-road menarik, yang terdiri dari Toyota RAV4, Toyota Highlander, Toyota 4Runner, dan Toyota Land Cruiser.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here