Michelin Agilis 3 baharu dengan prestasi brek basah lebih baik, untuk kenderaan komersial ringan

1972

Michelin, syarikat tayar terkemuka dunia, bakal melancarkan Michelin Agilis 3 dalam pasaran tayar trak ringan komersial. Ia menyasarkan pelanggan muatan konvensional yang terlibat dalam aktiviti pengangkutan orang dan barangan.

Tayar baharu ini dilancarkan untuk menguasai segmen muatan ringan yang berpotensi tinggi dan lebih besar menerusi solusi dan inovasi terkini syarikat itu.



Antara ciri pada Agilis 3 adalah:

  • Stone Ejectors – bentuk bar melintang pada alur tayar dirumus untuk menghadkan pemerangkapan batu
  • Sidewall Shields – diperbuat daripada kompaun sebatian getah kalis lelasan yang menawarkan perlindungan pada bahu dinding tayar
  • Innovative Compound – dengan ketumpatan bahan silika dan karbon hitam yang tinggi membekalkan cengkaman basah lebih dan penjimatan lebih baik
  • U-Shape Grooves – mewujudkan tahap pengalihan air lebih tinggi untuk cengkaman di permukaan basah
  • Full Depth Sipes – menawarkan fleksibiliti yang tinggi pada blok bunga tayar untuk cengkaman baik dalam keadaan baharu atau terpakai
  • Under Tread – memelihara suhu operasi yang rendah dan membantu menjimatkan bahan api

Michelin Agilis 3 turut menawarkan kelebihan jarak brek permukaan basah yang lebih pendek, iaitu kira-kira 5 peratus atau 1.9 meter lebih pendek dalam keadaan baharu. Sementara itu, jarak brek basah adalah 11 peratus atau 3.8 meter lebih pendek dalam keadaan terpakai berbanding pesaing-pesaingnya.

Tayar baharu ini juga menawakan ketahanan perbatuan yang lebih tinggi sebanyak 25 peratus, serta rintangan guling 12 peratus lebih rendah. Ini akan memberikan penjimatan bahan api lebih baik.

Michelin Agilis 3 baharu kini boleh didapati di wakil pengedar trak ringan komersial Michelin yang bertauliah seluruh negara. Terdapat saiz 14 hingga 16-inci ditawarkan, sesuai untuk segmen kenderaan komersial 1 hingga 3 tan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here