Formula 1 2021: Renault tukar nama kepada Alpine

1673

Renault akan menamakan semula pasukan mereka kepada Alpine pada musim Formula 1 2021. Alpine ialah sebuah syarikat dari Perancis, yang mempunyai sejarah hubungan rapat dengan Renault.

alpine formula 1

Jentera perlumbaan Renault pada musim Formula 1 2021 akan diubah dengan skema warna yang berorientasikan biru, beserta dengan beberapa warna yang melambangkan tiga warna yang terdapat pada bendera Perancis.



Enjin jentera akan terus dipanggil sebagai Renault E-tech hibrid. Pada asalnya sebuah syarikat bebas, Alpine mula diambil alih oleh Renault pada tahun 1973, dan namanya secara berkala digunakan dalam program perlumbaan rali.

Ketua pegawai eksekutif baru Renault, Luca de Me, menggambarkan Alpine sebagai “simbol keunggulan Perancis.”

Fernando Alonso ketika bersama pasukan Renault pada tahun 2005-2006

Dea Meo juga berkata idea penukaran nama ini adalah untuk menggambarkan syarikat tersebut yang berasal dari Perancis dan meningkatkan keunggulan jenama Alpine di seluruh dunia.

Alpine akan menjadi pasukan kepada Fernando Alonso, yang pernah memenangi kejuaraan Formula 1 pada tahun 2005-2006 bersama Renault.

Pelumba ini akan kembali ke saingan Formula 1 pada musim 2021-2022 dan diharapkan akan membawa kejayaan kepada pasukan tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here